KUALA LUMPUR: Pertumbuhan perbankan Islam di Malaysia telah mengatasi saingan konvensionalnya, dengan penembusan berkembang sejak 10 hingga 15 tahun lepas dan kini mencakupi sekitar 40 peratus daripada jumlah pembiayaan di Malaysia, kata Moody's Investors Service (Moody's).
Penganalisis Kumpulan Institusi Kewangan Moody's Wong Chong Jun berkata kadar penembusan berada sekitar 20 peratus antara 10 hingga 15 tahun lalu.
"Pertumbuhan perbankan Islam di Malaysia telah dipacu oleh dasar kerajaan serta strategi 'Utamakan Islam' yang digunakan oleh bank-bank tersebut," katanya semasa Meja Bulat Media Kemas Kini Industri Kewangan Islam Global 2023 yang dibuat dalam talian semalam.
Wong ketika mengulas mengenai strategi "Utamakan Islam" berkata pada asasnya ia bermaksud memberi keutamaan ke atas bank dan produk Islam, yang telah menyaksikan peningkatan ketara dalam bahagian pasaran produk perbankan Islam di bank-bank utama Malaysia.
"Melihat kepada pecahan pinjaman hanya untuk Maybank di Malaysia, pembiayaan Islam menyumbang sekitar 70 peratus daripada pinjaman dan bahagian ini sebenarnya sekitar 60 peratus hanya beberapa tahun lepas iaitu sebelum pandemik (COVID-19).
"Jadi, dalam tempoh masa yang singkat ini, anda boleh lihat bahawa pembiayaan Islam telah melonjak. Melihat kepada sebuah lagi bank utama di Malaysia, RHB, anda juga boleh melihat bahagian itu meningkat kepada sekitar 45 peratus berbanding 40 peratus dalam tempoh yang sama," katanya lagi.
Kerajaan sangat menyokong industri perbankan Islam di Malaysia, yang telah dicerminkan dalam pelbagai dasar yang diumumkan dan dilaksanakan sejak beberapa tahun sebelumnya.
Beliau berkata antara dasar yang digubal termasuk rangka kerja pengantaraan berasaskan nilai yang ditubuhkan pada 2018 , Pelan Induk Industri Halal 2030, yang dikeluarkan pada awal tahun ini.
"Selain itu, dalam Ekonomi Madani, terdapat rancangan untuk Malaysia menjadi peneraju dalam pembiayaan Islam.
"Walaupun dalam penubuhan bank digital, mereka telah memperuntukkan dua daripada lima bank berkenaan adalah untuk bank digital Islam. Jadi ini sangat jelas bahawa kerajaan sedang mengambil langkah bagi mengembangkan serta membangunkan pasaran perbankan Islam di Malaysia," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan Kumpulan Risiko Kedaulatan Moody's, Christian de Guzman menjelaskan bahawa terbitan sukuk jatuh 28 peratus kepada US$66 bilion pada separuh pertama 2023 berbanding US$92 bilion yang disaksikan semasa setahun sebelum ini, sebahagian besarnya menonjolkan jumlah yang agak rendah daripada penerbit kedaulatan utama, terutamanya Arab Saudi. (US$1 = RM4.72)
Di peringkat serantau, beliau berkata penurunan terbesar berlaku di negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), yang mana jumlah terbitan susut 33 peratus kepada US$29.8 bilion, manakala angka di Asia Tenggara merosot lebih rendah 22 peratus kepada US$31.7 bilion, dibantu oleh aktiviti di Malaysia yang berdaya tahan.
"Kami menjangkakan terbitan sukuk yang lebih kukuh sekitar US$80 hingga 90 bilion pada separuh kedua 2023, didorong oleh jangkaan kami terhadap jumlah kedaulatan yang lebih tinggi di Asia Tenggara dan Turkiye.
"Kedaulatan GCC juga boleh mengejutkan peningkatan jika keadaan pasaran yang stabil mewujudkan peluang bagi pembiayaan semula atau membiayai tempoh matang akan datang," katanya.
Guzman berkata Malaysia terus mendominasi terbitan sukuk global, dengan terbitan kebanyakannya dalam mata wang tempatan, dengan peneraju sektor swasta berkemungkinan akan terus beralih kepada pasaran sukuk untuk pembiayaan dan pelaburan.
"Kerajaan Malaysia, yang kekal sebagai penggalak kewangan Islam serta terus menyokong pembangunan pasaran sukuk domestik, telah mengumumkan pada 2022 beberapa inisiatif untuk menggalakkan pertumbuhan selanjutnya dalam industri.
"Defisit fiskal Malaysia yang luas, walaupun menurun, yang kami jangkakan sekitar lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2023 hingga 2024, juga mampu membawa volum tambahan dalam kedaulatan menjelang akhir tahun ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023
Menurut Moody's, kadar penembusan berada sekitar 20 peratus antara 10 hingga 15 tahun lalu. - Gambar fail/REUTERS
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
Pertumbuhan bank Islam Malaysia melangkaui bank konvensional - Moody's
Menurut Moody's, kadar penembusan berada sekitar 20 peratus antara 10 hingga 15 tahun lalu.